LATAR TEMPAT

1. Waning Sudi Mampir

Contohnya : sebuah kedai makan yang popular dengan hidangan rojak petis. Di tempat ,itu, Zahar dan Mawar bertemu ketika berada di bandar Pontian.

2. Kelas 4 Karisma

Contohnya : di kelas itulah, Qistina mengajar Bahasa Melayu kepada anak muridnya dalam suasana yang gamat dan menyeronokkan.

3. Tanjung Piai

Semasa Zahar dan rakan-rakannya mencari spesies baharu ulat bulu. Tempat tersebut merupakan dataran berlumpur dan kawasan paya hutan bakau yang sekian lama menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung pantai dan burung air yang berhijrah mencari makan.

4. Makmal Zahar

Contohnya : tempat Zahar membuat uji kaji berkaitan spesies ulat bulu yang ditemuinya dan di tempat itu juga dia banyak meluangkan masa bersama-sama Fikri.

5. Pulau Pisang

Contohnya : tempat Zahar dan teman-temannya mencari spesies ulat bulu yang baharu untuk menggantikan spesies Pus Pus yang tenat. Di pulau itu, Zahar menemui spesies baharu yang dipanggil Monarch. Spesies itu kemudian melahirkan ulat bulu spesies baharu hasil cantuman dengan Pus Pus yang diberi nama Morgan.

6. Warung kopi Pak Mail

Contohnya tempat penduduk Kampung Maju Jaya berkumpul pada setiap pagi untuk membincangkan masalah berkaitan serangan ulat bulu. Di tempat itu juga berlakunya pertelingkahan antara Ripin dengan Zahar sehingga Zahar cedera, kemudian dimasukkan ke Hospital Pontian.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING