PERSOALAN

1. Kasih sayang ibu terhadap anaknya

Contohnya : Qistina amat menyayangi anaknya, Zahar. Dia bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya itu gara-gara membiaknya ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada anaknya itu agar memusnahkan makmalnya. Qistina juga mencadangkan agar mereka berpindah rumah sahaja.

2. Keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar

Contohnya : Zahar risau apabila memikirkan generasi muda yang tidak mewarisi keindahan alam semula jadi disebabkan berlakunya pencemaran alam. Masyarakat pula tiada keinginan untuk menjaga alam sekitar. Banyak pencemaran telah berlaku sehingga mencemarkan keindahan Hutan Paya Bakau Tanjung Piai, sedangkan masyarakat bertanggungjawab melestarikan hutan paya bakau tersebut yang merupakan lokasi ekopelancongan negara.

3. Persoalan perasaan dendam telah merugikan diri sendiri

Contohnya : Ripin seorang samseng kampung yang suka bergaduh dengan orang yang tidak sebulu dengannya. Sebelum ini dia berkelahi dengan Zahar. Isu serangan ulat bulu berintik hitam menyebabkan dia melibas bahu Zahar dengan pisau sehinggakan dia ditangkap polis. Walaupun dibebaskan, dia tetap tidak insaf. Dia berterusan memburukkan nama Zahar. Akhirnya dia ditangkap kerana terlibat dalam kes penipuan benih cambah sawit yang dijalankan secara haram serta pemalsuan dokumen urus niaga.

4. Tanggungjawab guru terhadap muridnya

Contohnya : Qistina amat prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan kemajuan pendidikan anak muridnya. Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, dia akan mencipta beberapa inovasi agar pengajarannya menarik perhatian dan murid faham apa-apa yang diajar. Apabila mendapati anak muridnya, Umar tidak menyiapkan latihan yang disuruh, dia ke rumah Umar untuk menyiasat masalah yang dihadapi oleh anak muridnya itu.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING