TEMA

Novel ini membawa tema hasil inovasi sains dapat membantu kehidupan manusia. Zahar, seorang mahasiswa jurusan Sains Hayat, UTM yang begitu berminat dalam kajian berkaitan kehidupan serangga. Dia begitu risau apabila mendapati ulat bulu spesies Pus Pus kesayangannya hampir pupus. Di Pulau Pisang, Zahar menemui Monarch, iaitu spesies ulat bulu yang baharu. Zahar mendapati abdomen Monarch mengeluarkan cecair kuning merah yang melekit, lalu cecair tersebut dititiskan dalam balang yang berisi cecair Pus Pus. Hasil cantuman tisu Pus Pus dengan ulat bulu baharu yang ditemuinya itu melahirkan spesies yang sangat unik lalu Zahar memberi nama Morgan. Tidak lama selepas itu, Kampung Maju Jaya, tempat tinggai Zahar diserang ulat bulu berintik hitam. Dia mengetahui bahawa wabak tersebut berpunca daripada rangsangan Morgan terhadap ulat bulu berintik hitam di kampungnya. Dalam usaha untuk mencari penawar, Zahar terpaksa mengorbankan Morgan kesayangannya. Zahar meneruskan misi mencari penawar dan terhasillah MONPUS, sejenis agen biologi. Hasil inovasinya itu, dia meraih anugerah dalam majlis Anugerah Produk Inovasi, UTM. Kejayaannya mencipta MONPUS melayakkannya dia menerima Anugerah Akademik Negara serta Biasiswa Kerusi Canselor.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING