KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA DIRI 

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti diri terdiri daripada kata ganti diri pertama, kedua, dan ketiga.             

Kata Ganti Diri Pertama 

1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 

2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata ganti nama Diri Kedua 

1. Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. 

2. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak. 

Kata Ganti diri ketiga 

Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.


I BUILT MY SITE FOR FREE USING