30 May
30May

Aspek bahasa terbahagi kepada 5 iaitu :

  1. perbendaharaan kata
  2. struktur ayat
  3. imbuhan
  4. tanda baca
  5. ejaan

a.     Perbendaharaan Kata

Terdapat beberapa aspek dalam perbendaharaan kata. Antaranya ialah kosa kata dan frasa menarik.

(a)   Kosa Kata

ContohMakna
  terlongo  tercengang
  sekah  patah, jatuh
  rebeh  terkulai
  mamanda  sebutan oleh raja kepada pembesar-pembesar negeri
  bungkam  tidak bersuara
  bertele-tele  meleret-leret (percakapan)
  candanya  kotak tempat menyimpan wang
  dek  geladak
  eksais  cukai
  via  melalui


(b)   Frasa Menarik

  • Acuan generasi baharu
  • Bandar kosmopolitan
  • Citra hasrat bangsa
  • Dalam arus globalisasi semasa
  • Eksploitasi dan penipuan
  • Idea radikal
  • Jaringan pemigaan
  • Pada era kolonial
  • Riak konflik berkocak
  • Sayembara sastera
  • Tebal lapis pengalaman
  • Variasi sosial

b.     Struktur Ayat

Dalam struktur ayat, terdapat 4 unsur iaitu : 

1.     Kata

Kata ialah konstituen bagi frasa. Kata ialah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi tatabahasa. Misalnya, baju, makan, cantik, berjalan, dan menggunakan merupakan kata.

Kata dapat digolongkan kepada dua, iaitu kata utama dan kata bukan utama. Golongan kata utama ialah kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, manakala golongan kata bukan utama ialah kata tugas, seperti kata hubung, kata sendi nama, kata pemeri, kata bantu, kata penguat, dan sebagainya.

Kata Utama
Kata Namaguru
Kata Kerjamengajar
Kata Adjektifcantik
Kata Bukan Utama (Kata Tugas)
Kata Hubungdan
Kata Sendi Namadari
Kata Pemeriadalah
Kata Bantusudah
Kata Penguatsungguh



2.     Frasa

Mengikut Tatabahasa Dewan (2010), frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu kata yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Oleh itu, frasa ialah suatu binaan yang mungkin terdiri daripada susunan kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi untuk diperluas untuk menjadi dua kata atau lebih. Contohnya:

kereta
kereta baharu
kereta baharu abang saya
kereta baharu abang ipar saya
kereta baharu abang ipar saya itu


Daripada contoh dia tas, dapat dilihat bahawa kata kereta ialah frasa kerana bentuk tersebut dapat diperluas menjadi kereta baharu, kereta baharu abang, kereta baharu abang ipar saya, dan kereta baharu abang ipar saya itu. Oleh itu, frasa dapatlah dikatakan sebagai kelompok kata yang mengandungi satu kesatuan erti.


3.     Klausa

Klausa merupakan satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Contohnya:

  1. Kamal hilang.
  2. Ibu menanak nasi dan kakak mencuci pinggan.


Binaan (a) mengandungi subjek (Kamal) dan predikat (hilang). Binaan (a) akan menjadi klausa selagi tidak diberikan intonasi ayat yang lengkap. Jika diberikan intonasi ayat, klausa tersebut menjadi ayat. Unsur bahasa bagi (b) ialah ayat yang terdiri daripada dua klausa, iaitu Ibu menanak nasi dan kakak mencuci pinggan. kedua-dua klausa itu membentuk ayat (b).


4.     Ayat

Ayat ialah unit yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat atau hierarki tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang lengkap dan diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan. Contohnya:

Hashim murid tahun 5 di SK Methodist. Rumahnya jauh dari sekolah. Dia menaiki bas ke sekolah setiap hari.


Ayat boleh terdiri daripada satu kata atau frasa apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan membawa makna yang lengkap. Ayat bentuk ini dikenali sebagai ayat minimal. Ayat minimal ialah ayat yang mengalami pengguguran sehingga yang tinggal dan yang mewakili ayat itu ialah satu kata, satu frasa atau satu klausa. Contohnya:

  1. Masuk.
  2. Naiklah.
  3. Jangan!
  4. Bila?
  5. Ke sekolah.
  6. Makan nasi
  7. Di dalam laci.
  8. Kerana hujan lebat.


Seperti yang dikatakan, ayat mempunya unsur, iaitu klausa, frasa, dan kata. Unsur ayat ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Contohnya:

  ix. Budak itu baru pulang dari sekolah.


Binaan (ix) ialah ayat, yang di dalamnya mengandungi enam kata yang membina tiga frasa, dan ketiga-tiga frasa ini membentuk satu klausa. Klausa itu akan menjadi ayat jika dilafazkan dengan intonasi ayat atau dalam tulisan dimulai oleh huruf besar dan diakhiri oleh tanda noktah. Binaan setiap unsur bagi ayat tersebut dapat dilihat dalam contoh yang berikut:

   Kata:  
            budak
            itu
            baru
            pulang
            dari
            sekolah

Frasa:
budak itu
baru pulang
dari sekolah

Klausa:
budak itu baru pulang dari sekolah

Ayat:
           Budak itu baru pulang dari sekolah.


Unsur-unsur ayat tersebut mestilah disusun mengikut peraturan yang ditetapkan, dan makna yang hendak disampaikan itu pula mestilah jelas. Jika syarat ini tidak dipenuhi, maka ia bukanlah ayat yang betul. Contohnya:

   x. Fikiran hijau yang tidak berwarna tidur dengan amat marahnya.


Ayat (x) di atas walaupun betul dari segi peraturan pembinaan ayat kerana ada subjek dan predikat, tetapi dari segi makna, ayat tersebut tidak mempunyai makna yang jelas. Oleh itu, binaan tersebut tidak dapat dikatakan sebagai ayat kerana sesuatu ayat itu perlu sempurna dari segi bentuk dan maknanya.


c.     Imbuhan


Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh berdiri dengan sendiri dalam ayat. Imbuhan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu imbuhan asli bahasa Melayu dan imbuhan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa asing, seperti daripada Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Inggeris.

Imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daipada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Pembahagian ini dibuat berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu imbuhan itu apabila bergabung dengan kata dasar semasa membentuk kata terbitan. Imbuhan-imbuhan ini dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu, seperti imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, atau imbuhan kata adjektif berdasarkan fungsinya dalam kata tersebut. Contohnya, jika penggunaan sesuatu awalan itu menghasilkan kata terbitan yang berfungsi sebagai kata nama, maka awalan tersebut digolongkan sebagai awalan kata nama, dan begitulah penggolongan bagi imbuhan-imbuhan yang lain.


i. Imbuhan Awalan

Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Ada awalan yang apabila bergabung dengan kata dasar tertentu akan menghasilkan beberapa alomorf. Awan yang mengalami perubahan bentuk ialah beR-, teR-, meN-, dan peN-. Bentuk-bentuk itu adalah seperti yang berikut:

peN-              pe-, pem-, pen-, peny-, dan penge-
meN-   me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-
beR-   ber-, be-, dan bel-
teR-   ter-, te-, dan tel-


Yang berikut merupakan awalan dalam bahasa Melayu:

(1) Awalan kata nama

Awalam Asli
Contoh Perkataan
  pe-  pesuruh, pelaut, petinju
  pem-  pembuat, pemveto, pemberi
  pen-  pendamai, pencuri, penjaja
  peng-  pengguna, pengkaji, pengubah
  penge-  pengekod, pengecas, pengetin
  peny-  penyebab, penyembah, penyalur
  pe-  penyanyi, pengeri, pereka
  pel-  pelajar
  per-  perasap, pertap, perbara
  ke-  ketua, kekasih, kehendak
  juru-  jurubahasa, jurutera, jurucakap


Awalan Pinjaman
Contoh Perkataan
  maha-  mahasiswa, mahguru, maharaja
  tata-  tatabahasa, tatasusila, tatacara
  swa-  swasta, swalayan, swadaya
  pra-  prasejarah, prakata, prasayarat 
  sub-  subsistem, subtajuk, subkelas
  panca-  pancaindera, pancasila
  supra-  suprasegmental, supranasional
  eka-  ekabahasa, ekamatra, ekanada
  dwi-  dwibahasa, dwifungsi, dwilambang
  tri-  tribulan, triwindu
  tuna-  tunakarya, tunawisma, tunakarna
  pasca-  pascasiswazah, pascakolonial, pascamodenisme
  poli-  polisemi, poliklinik, politeknik
  auto-  autograf, autonomi, automatik
  multi-  multinasional, multifungsi, multilingual


(2) Awalan kata kerja

Awalan Kata KerjaContoh perkataan
  me-  merasa, melantik, meraung
  mem-  membeli, memfitnah, membuat
  men-  menjahit, mentafsir, mendaki
  meng-  mengelak, menggalas, mengganas
  menge-  mengebom, mengecas, mengekod
  meny-  menyunting, menyatu, menyumpah
  memper-  memperoleh, memperluas, memperhamba
  ber-  bergaya, berwang, berhak
  bel-  belajar
  be-  berupa, berasa, beraja
  ter-  tersepak, terjebak, terambil
  di-  diminta, dibeli, dipukul
  diper-  dipercepat, diperisteri, diperoleh


(3) Awalan kata adjektif

Awalan AsliContoh Perkataan
  ter-  terkuat, terbesar, terhandal
  te-  terendah, teringan, teruncing
  se-  secantik, setinggi, sekaya


Awalan PinjamanContoh Perkataan
  bi-  bilazim, biadab, binormal
  pro-  prokerajaan, probarat, proaktif
  anti-  antisosial, antikemajuan, antipenjajah


ii. Imbuhan Akhiran

Akhiran diletakkan selepas kata dasar. Akhiran dalam bahasa Melayu terdiri daripada akhiran asli, seperti -an, -kan, dan -i, dan akhiran pinjaman, seperti -wati, -ah, -isme, -man, -at, dan lain-lain. Penggabungan kata dasar dan akhiran tidak mengubah struktur kata.

Yang berikut merupakan jenis akhiran dalam bahasa Melayu:

(1) Akhiran kata nama

Akhiran AsliContoh Perkataan
  -an  tujuan, harapan, mainan


Akhiran PinjamanContoh Perkataan
  -wan  karyawan, usahawan, angkasawan
  -man  seniman, budiman
  -wati  seniwati, olahragawati, angkasawati
  -in  hadirin, muslimin
  -at  hadirat, muslimat
  -ah  qariah, solehah, ustazah
  -isme  realisme, nasionalisme, kapitalisme
  -tis  saintis, dramatis, romantis
  -logi  psikologi, biologi, teknologi


(2) Akhiran kata kerja

Akhiran Kata KerjaContoh Perkataan
  -kan  tunjukkan, buatkan, mainkan
  -i  baiki, kotori, diami


(3) Akhiran kata adjektif

Akhiran Kata AdjektifContoh Perkataan
  -is  cerpenis, novelis, artis
  -wi  sejarawi, Romawi, duniawi
  -i  alkali, abadi
  -iah  ilmiah, akaliah


iii. Imbuhan Apitan

Apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi. Apitan hadir secara serentak bagi mengapit kata dasar, iaitu satu sebelum dan satu lagi selepas kata dasar.

Yang berikut merupakan jenis imbuhan apitan dalam bahasa Melayu:

(1) Apitan kata nama

Apitan Kata NamaContoh Perkataan
  pe-...-an  pelantikan, peperiksaan, pemakanan
  pem-...-an  pembuatan, pemvetoan, pemberian
  pen-...-an  pendustaan, pentadbiran, penjadualan
  peng-...-an  penggunaan, pengolahan, pengintipan
  penge-...-an  pengeboman, pengesahan, pengetinan
  peny-...-an  penyaluran, penyatuan, penyiaran
  pe-...-an  pesisiran, petempatan, pesiaran
  pel-...-an  pelajaran
  per-...-an  pertabalan, perkuburan, perburuan
  ke-...-an  kedudukan, kelebihan, kementerian


(2) Apitan kata kerja

Apitan Kata KerjaContoh Perkataan
  me-...-kan  merasakan
  mem-...-kan  membelikan
  men-...-kan  menjimatkan
  meng-...-kan  mengelakkan
  menge-...-kan  mengecamkan
  meny-...-kan  menyatukan
  me-...-i  menaiki
  mem-...-i  membanjiri
  men-...-i   menduduki
  meng-...-i   mengubati
  menge-...-i  mengesyaki
  meny-...-i   menyakiti
  memper-...-kan  memperbahaskan
  memper-...-i  memperingati
  ber-...-kan  berdasarkan
  ber-...-an  berurusan
  di-...-kan  dilupakan
  di-...-i  didiami  
  diper-...-kan  diperkatakan
  diper-...-i  diperakui
  ter-...-kan  tersampaikan
  ter-...-i  terlukai
  ke-...-an  kemalangan


(3) Apitan kata adjektif

Apitan Kata AdjektifContoh Perkataan
  ke-...-an   kebaratan


iv. Imbuhan Sisipan

Sisipan merupakan sejenis imbuhan yang ditambah atau disisipkan dalam kata dasar. Dalam bahasa Melayu, ada empat bentuk sisipan, iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-. Namun begitu, sisipan tidak lagi produktif kecuali untuk tujuan pembentukan istilah.

Yang berikut merupakan jenis sisipan dalam bahasa Melayu:

(1) Sisipan kata nama

Sisipan Kata NamaContoh Perkataan
  -el-  telunjuk
  -er-  gerigi
  -em-  kemuncup


(2) Sisipan kata kerja

Sisipan Kata KerjaContoh Perkataan
  -el-  jelajah


(3) Sisipan kata adjektif

Sisipan Kata AdjektifContoh Perkataan
  -el-  selerak
  -er-  gerodak
  -em-  gemuruh
  -in-  sinambung



d.   Tanda Baca 

Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

Tanda baca utama ialah :

i. Tanda Noktah atau titik ( . )

KegunaanContoh
 - pada akhir ayat yang bukan peratnyaan atau seruan  Kereta ini baru dibeli.
 - pada akhir singkatan nama orang  Y.A.B (Yang Amat Berhormat)
 - sebelum tanda penutup kata (") dalam cakap ajuk  Kata kakak, "Bunga itu sudah layu."
 - untuk menunjukkan angka perpuluhan  5.4, 30.8, 119.2


ii. Tanda koma ( , )

KegunaanContoh
 - bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat  Ibu membeli ikan, sayur dan daging.
 - di belakang kata seru  Amboi, merahnya baju kamu!
 - untuk menandakan tempat berhenti sebentar  Berikan suratini kepada ibumu, Ali.
 - di belakang kata penghubung pada awal ayat  ... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
 - untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza  Rumah itu besar, tetapi tidak cantik.
 - sebelum tanda pembuka kata (") dan penutup kata (") dalam cakap ajuk  Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."


iii. Tanda tanya atau soal ( ? )

KegunaanContoh
 - pada akhir ayat tanya  Bilakah adik kamu akan bersekolah?
 - pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (")  "Apa yang kamu lihat?" tanya Azmi.


iv. Tanda seruan ( ! )

KegunaanContoh
 - sesudah penyataan yang berupa seruan, peritah atau rasa emosi yang kuat  Wah, perbuatan kau sudah melampau!


v. Tanda sempang atau sengkang ( - )

KegunaanContoh
 - untuk menyambungkan kata yang diulang dan kata ganda  murid-murid
  riuh-rendah
 - untuk merangkaikan:
(a) se dengan kata yang berikutnya yang dimulai dengan huruf besar
  seMalaysia
(b) ke- dengan angka
  kali yang ke-10

(c) angka dengan -an

  tahun 1980-an
 - memisahkan huruf kecil daripada huruf besar  rahmat-Mu


vi. Tanda noktah bertindih ( : )

KegunaanContoh
 - pada akhir sesuatu penyataan apabila diikiuti oleh rangkaian  Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabitdan cangkul.
 - untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu  Tarikh: 3 April 2007
Masa: 2.00 petang
  Tempat: Bilik Gerakan


vii. Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ )

KegunaanContoh
 - untuk mengapit petikan langsung  "Saya belum makn ibu," kata adik.
 - pada jadual rencana, karanagn, novel, puisi dan sebagainya  Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama.


e.   Ejaan


Ejaan merupakan aspek penting dalm menhasilkan karangan. Dalam pepriksaan, jika terdapatnya kesalah ejaan, markah akan dipotong. Berikut adalah beberapa conto kesalahan yang sering dilakukan.

Ejaan yang salahEjaan yang betul
  agen  ejen
  atlit  atlet
  baucer  baucar
  efisyen  efisien
  emel  e-mel
  garfu  garpu
  istirehat  istirahat
  kerinting  keriting
  lagenda  legenda


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING