30 Apr
30Apr

Karangan yang baik haruslah diolah dengan mengembangkan isi iaitu menghuraikannya sambil mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Dalam hal ini, kita jarang-jarang mendengar murid menghadapi masalah untuk mendapatkan isi karangan. Pengolahan isi ini terdapat dalam proses ketiga untuk menghasilkan karangan yang baik. Proses ketiga tersebut adalah proses menulis karangan.

Proses menulis karangan akan melibatkan pengolahan dan pengembangan isi karangan yang diperoleh dalam proses yang kedua (membuat pemilihan dan perancangan). Proses inilah yang paling rumit dan mencabar kebolehan, kemahiran dan pengetahuan.


MODEL WAWASAN - PENGOLAHAN IDEA/ISI KARANGAN


Berdasarkan rangka komunikasi perenggan idea/isi dalam Model Wawasan, idea atau isi yang telah dijana itu akan diolah atau dikembangkan sehingga menjadi sebuah perenggan yang koheren dan kohesif. Untuk menggunakan Rangka komunikasi Perenggan Idea/Isi ini, beberapa prinsip perlu diikuti, iaitu:

(a) Pelajar dikehendaki bersoal jawab tentang topik perbincangan karangan berdasarkan unsur-unsur dalam lajur Formula.

(b) Pelajar hendaklah bermula dengan lajur Formula, dikuti dengan lajur Idea/Isi dan lajur Binaan Ayat, iaitu pada baris pertama.

(c) Kemudian, berpindah pula pada baris kedua dengan bermula pada lajur Formula dan diikuti lajur Idea/Isi serta laju Binaan Ayat.

(d) Demikianlah yang perlu dilakukan untuk seterusnya, iaitu baris demi baris dan bukannya lajur demi lajur.

(e) Setelah semua proses tersebut dilaksanakan, barulah lajur Alat Tautan dilengkapkan.


Formula
Idea/isi
Alat Tautan
Binaan Ayat
Idea 1



Contoh 1



Contoh 2



Kesan 1



Kesan 2



Indah



Kesimpulan





Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING