Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :
1. Kata ganda seluruh/penuh
- Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
contoh adalah seperti berikut:
KATA NAMA | KATA KERJA | KATA ADJEKTIF |
buku-buku | pusing-pusing | panjang-panjang |
murid-murid | jalan-jalan | cantik-cantik |
meja-meja | sepak-sepak | biru-biru |
2. Kata ganda separa
- Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf.
KATA DASAR | KATA GANDA | KATA GANDA SEPARA |
layang | layang-layang | lelayang |
kuda | kuda-kuda | kekuda |
tupai | tupai-tupai | tetupai |
siku | siku-siku | sesiku |
bola | bola-bola | bebola |
jari | jar-jari | jejari |
langit | langit-langit | lelangit |
3. Kata ganda berentak/berima
- Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
JENIS KATA GANDA | CONTOH | CONTOH AYAT |
Persamaan bunyi di hujung | kuih-muih, lauk-pauk | Kuih-muih itu terhidang di atas meja. |
Persamaan bunyi di pangkal | batu-batan, bukit-bukau | Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok. |
Persesuaian bunyi keseluruhan | kusut-masai, simpang-siur | Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin. |
4. Kata ganda berimbuhan
- Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.
Contoh :
IMBUHAN | CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN |
Awalan | bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat |
Apitan | bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya |
Sisipan | tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap |
Akhiran | wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan |