KATA PRAFRASA

1. Kata Bantu

- Kata bantu meliputi kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

- Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa hadapan.

Contoh: masa lampau (telah, sudah dan pernah), masa kini (sedang dan masih), masa hadapan (akan dan belum)

- Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan

Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat


2. Kata Penguat

- Perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. paling, agak, terlalu, amat, sangat dan sungguh 

Contoh:
i. Pelajar itu sungguh rajin.

ii. Karangan Anita agak baik.

iii. Roslina sangat gemarkan masakan ibunya.

iv. Azman terlalu rajin bekerja sehinggakan dia tidak sempat mmenjengah keluarganya di kampung.


3. Kata Penegas

- Sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
- Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:

i. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah -kah, -tah dan -lah. 

ii. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya dan memang.  

 

4. Kata Nafi

- Hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut.
- Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya.

Contoh:
i. Amirul tidak sesekali akan mencuri barang i.
ii. Samsiah bukanlah seorang yang jelita seperti yang diheboh-hebohkan.

 

5. Kata Pemeri

- Unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.- terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:

1. Ialah yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. 

Contoh: Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek membasmi kemiskinan.

2. Adalah yang hadir dihadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh:

i. Dengan predikat frasa sendi nama. 

     Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung tersebut.

ii. Dengan predikat frasa adjektif. 

     Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.  


6. Kata Sendi Nama

- Perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Contoh:
di, ke, daripada, kepada, dari, pada.
   bagi, demi, untuk, tentang, seperti. 
  umpama, sejak, terhadap, akan, oleh.
   hingga, untuk, antara, dengan, dalam. 


7. Kata Bilangan

 - Sejumlah perkatan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.

Contoh:
dua, lima belas, semua, segala, ketiga-tiga, masing-masing, separuh.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING