Watak Utama :
Zahar
i. watak dinamik dan merupakan watak utama penggerak cerita.
ii. anak tunggal dalam keluarga dan berumur 22 tahun.
iii. ayahnya meninggalkan keluarga sewaktu dia berumur 10 tahun.
iv. dia tinggal bersama-sama dengan ibunya, iaitu seorang guru di Kampung Maju Jaya.
v. dia amat menyayangi ibunya yang hidup tanpa suami.
Watak Sampingan :
1. Qistina Asraf
i. ibu kepada Zahar.
ii. cantik dan bergaya walaupun umurnya dalam lingkungan 40-an.
iii. seorang yang tegas.
iv. pandai memasak dan Zahar menyukai masakan ibunya.
v. aktif dalam persatuan penulis Johor.
2. Profesor Dr. Baharudin
i. ayah kepada zahar dan bekas suami Qistina.
ii. seorang saintis yang terkenal di Universiti Oxford, London.
iii. berhijrah dari Malaysia selepas berpisah dengan Qistina.
iv. berkahwin lain dan menetap di London.
v. mempunyai sikap tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan anak dan isteri tanpa sebarang cerita.
3. Mawar
i. Mawar merupakan rakan sekuliah dan sekampung dengan Zahar.
ii. dia tinggal bersama-sam dengan keluarga di Ladang South Malaya, kira-kira lima kilometer dari kampung Zahar.
iii. merupakan anak sulung daripada lima beradik.
iv. seorang yang sangat mengambil berat akan diri Zahar. Sewaktu zahar terjatuh di Kem Kaizen dan ditikam oleh Ripin, dia berasa sangat sedih dan memberikan kata-kata semangat kepada Zahar untuk pulih.
v. bertanggungjawab memberikan inspirasi kepada Zahar selain ibunya, Qistina.
4. Munirah
i. Munirah ialah rakan sekuliah Zahar di universiti.
ii. seorang yang cemburu kerana tidak senang melihat Mawar dan Zahar berbaik-baik.
iii. menyimpan perasaan untuk memikat Zahar walau dengan apa-apa cara sekalipun.
iv. merupakan ahli kumpulan “White Rose”, iaitu kumpulan belajar di universiti.
v. seorang yang optimistik dan suka akan cabaran.
5. Fikri
i. rakan sekuliah dengan Zahar.
ii. sahabat baik Zahar.
iii. menjadi teman Zahar sewaktu mereka mencari spesies Pus Pus di Pulau Pisang.
iv. membantu Zahar membuat penyiasatan hingga tertangkapnya Ripin dan rakannya.
v. menjadi tempat Zahar mengadu apabila ditimpa masalah.
6. Malcom Tan
i. sahabat baik Zhar dan Fikri.
ii. rakan sekuliah Zahar.
iii. mempunyai hubungan baik dengan keluarga Zahar.
iv. bersama-sama dengan Fikri menemani Zahar semasa di Pulau Pisang.
7. Ripin
i. kutu kampung yang terlibat dalam aktiviti menghidu gam.
ii. ditangkap dan dibelasah oleh Zahar sewaktu mencuba mencuri tong gas di rumahnya.
iii. berdendam dengan Zahar selepas peristiwa tersebut.
iv. menuduh Zahar sebagai punca ulat bulu menyerang Kampung Maju Jaya.
v. cemburu akan kejayaan Zahar yang sering mendapat anugerah dan pingat.
8. Faridah
i. pelajar Qistina.
ii. suka membantu guru.
iii. seorang pelajar yang bijak, cerdas dan sering dijadikan contoh di dalam kelas.
iv. anak tunggal.
v. anak saudara Profesor Dr. Baharuddin.
9. Wak Buik
i. seorang pawang.
ii. sangat berani.
iii. berketurunan Bugis Riau.
iv. membuka pulau pisang untuk didiami penduduk.
v. dipercayai mati kerana menjadi mangsa serangan lanun.
10. Pak Naib
i. Pak Naib ialah ketua Kampung Maju Jaya.
ii. seoarang ketua yang tegas dan adil.
iii. menjadi tempat orang kampung mengadu hal.
iv. seorang yang sabar dan tidak bertindak melulu.
v. mementingkan perbicangan sebelum mengambil tidakan.